- Back to Home »
- Logo Alumni Segar
Thursday, December 5, 2013
Maksud Logo/Lambang
1. Lambang persatuan adalah seperti di
bawah :
2. Huraian Lambang
(a) Lambang Persatuan ini diilhamkan dari LENCANA SMK Seri GARING RAWANG dengan sedikit ubah suai dan penambahan.
(b) Bentuk yang menggabungkan warna kuning ,biru, merah dan hitam bersama grafik segi tiga (kuning) di dalamnya terdapat buku terbuka dan disuluh obor serta rantai hitam melingkarinya, lingkaran bulatan (biru) di belakangnya yang tertulis cogan kata TEKUN,JUJUR,JAYA,dan SEGAR RAWANG adalah bentuk LENCANA SMK Seri GARING RAWANG
(c) Tali bersimpul berbentuk hexagon mengelilingi lencana
(d) Perkataan ALUMNI dan tahun 2013 diletakkan di bahagian bawah tali bersimpul
(e) Di belakangnya tiga grafik objek patung manusia berwarna merah diapit dengan objek patung manusia berwarna biru dan kuning berpegangan tangan antara satu dengan yang lain.
3. Tafsiran Lambang
(a) Tali bersimpul berbentuk segi enam (hexagon) mengelilingi lencana menandakan hubungan yang erat setiap anggota alumni yang sentiasa terjalin walaupun di mana mereka berada.Bentuk Hexagon (Segi Enam) tali bersimpul melambangkan anggota alumni yang diwakili oleh penyertaan pihak Sekolah, PIBG, Alumni, Komuniti Setempat, Sarana Sekolah, dan Sarana Ibu bapa.
(b) Tiga grafik objek patung manusia berwarna
Melambangkan kepelbagaian kaum yang menganggotai
alumni dengan kepelbagaian
ciri keistimewaan latar belakang budaya,adat dan anutannya yang tersendiri.
Warna Merah melambangkan Keberanian anggota alumni menghadapi sebarang cabaran semasa dan masa hadapan.
Warna Biru melambangkan keharmonian,toleransi dan kesepaduan anggota alumni.
Warna Kuning melambangkan kesetiaan dan kewibawaan anggotanya.
(c) Perkataan ‘ALUMNI’ yang berwarna hitam besi bermaksud ketekalan,kemantapan dan kedinamikan anggota alumni.
(d) Lengkungan perkataan ‘ALUMNI’ bermaksud sokongan padu yang diberikan oleh anggota.
(e) 2013 bermaksud tahun tertubuhnya
alumni SMK Seri Garing Rawang.
4. Tafsiran Perkataan Alumni : Bekas murid, guru, kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing Rawang, Selangor Darul Ehsan sama ada yang melengkapkan pembelajaran di sekolah ini sepanjang tempoh umur persekolahan peringkat menengah atau yang hanya pernah bersekolah atau berada di sekolah ini bagi tempoh yang sesingkat mana pun.