KATA ALU-ALUAN

MEJAR JENERAL DATO’ NORDIN BIN HJ RAHOK (BERSARA)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdullillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya maka Alumni SMK Seri Garing dengan kerjasama  PIBG dan guru serta kakitangan sekolah dapat menjadikan Majlis Makan Malam ini direlisasikan.  Sesungguhnya, kejayaan menubuhkan Alumni ini adalah atas rasa tanggungjawab bekas pelajar SMK Seri Garing yang ingin memberi  sumbangan dan membalas jasa dan budi baik sekolah. Saya secara perbadi dan mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Alumni ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua sekolah, Puan Ho Chee Lean yang menjadi penggerak dan merangka penubuhan Alumni ini. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PROTEM Alumni yang telah dilantik agar  berusaha serta memberi komitmen bagi menentukan kegiatan dan aktiviti Alumni dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tujuan utama untuk mengadakan Majlis Makan Malam ini adalah bagi menghimpunkan bekas-bekas pelajar SMK Seri Garing Rawang dalam suasana muhibbah agar hubungan baik dan keakraban dapat dijalin, disamping mengumpul dana bagi membantu sekolah melaksanakan aktiviti pelajar serta meningkatkan kemudahan sekolah.  SMK Seri Garing sejak penubuhannya tahun 1966 telah berjaya menghasilkan ramai pelajar yang cemerlang dalam berbagai bidang keilmuan. Adalah diharapkan agar  mereka yang telah berjaya ini tampil untuk memberi sumbangan dan bantuan atau berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pihak sekolah. Alumni SMK Seri Garing mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB P.kamalanathan a/l P.Panchanathan selaku bekas pelajar sekolah ini di atas kejayaan yang amat membanggakan yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 11. Terima kasih juga kerana YB P. Kamalanathan  di atas persetujuan dilantik sebagai Penaung Alumni dan beliau telah berikhrar akan memberi komitmen sepenuhnya demi kejayaan Alumni SMK Seri Garing Rawang.
Syabas dan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Makan Malam yang terdiri daripada bekas pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah, para pelajar serta ibu dan bapa yang telah membantu dengan penuh dedikasi bagi menentukan kejayaan majlis ini. Tidak ketinggalan kepada semua pihak dan masyarakat setempat yang telah sudi memberi sumbangan dan kerjasama. Semoga majlis ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Terima kasih.

Mejar Jeneral Dato’ Nordin bin Hj Rahok (Bersara)
Presiden Alumni
Merangkap Pengerusi Majlis Makan Malam


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Alumni Segar

Popular Post

Alumni Post

segar2013. Powered by Blogger.

- Copyright © Alumni Segar - Powered by Blogger - Designed by Unit IT Alumni Segar -